Majlis Penyerahan Kuih Raya dan Duit Raya

Isnin, 17 April 2023 - Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak beberapa lama lagi, murid-murid PPKI SMK Orkid Desa telah bertungkus-lumus bersama-sama guru-guru untuk menyediakan biskut raya dan kudapan raya untuk diedarkan kepada murid. Hasil usaha murid Dan guru-guru, 4 jenis biskut raya berjaya dihasilkan sepanjang bulan Ramadan dan telah dapat diedarkan kepada semua murid. Syabas kepada semua murid. Semua murid turut menerima duit raya dari guru-guru PPKI SMK Orkid Desa dalam majlis yang diadakan pada hari ini. Kuih dan duit raya ini diedarkan oleh Pn Noorhayati Bt Mustaffa, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Orkid Desa.






























































Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas SPBT 2023

Isnin, 17 April 2023 - Antara program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah setiap tahun adalah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis pada tahun ini dilaksanakan melibatkan murid-murid yang baru dilantik menjadi pengawas. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua, En Rossaidi bin Ngah, diikuti penyerahan watikah pelantikan dan bacaan ikrar pengawas.








Seramai 5 orang murid PPKI dilantik menjadi pengawas sekolah untuk sesi 2023, 3 orang dilantik sebagai pengawas Pusat Sumber dan seorang murid lagi dilantik sebagai pengawas SPBT. Pelantikan baharu melibatkan 4 orang murid yang mana, dua orang terlibat sebagai pengawas sekolah dan seorang lagi baru dilantik sebagai pengawas SPBT. Semoga dengan pelantikan ini, dapat menyuntik semangat dan meningkatkan rasa tanggungjawab murid dalam melaksanakan tugas.