Hari ke-2: Aktiviti Minggu Orientasi PPKI

21 Mac 2023 yang merupakan hari kedua persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ni diteruskan dengan pengisian aktiviti-aktivitu yang interaktif dan menarik berbentuk permainan dalaman yang memerlukan kecerdasan berfikir dan turut melatih kawalan emosi. Antaranya adalah permainan Roda Emosi dan Siapa Pencuri itu? Permainan ini melibatkan semua murid lama. Manakala murid baharu terlibat dengan Ujian Diagnostik yg bertujuan untuk menentukan kelas mengikut tahap kefungsian murid.












UJIAN DIAGNOSTIK MURID BAHARU











Hari Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024


Isnin, 20 Mac 2023 merupakan hari pertama pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024. Sebagai amalan Guru Penyayang, murid-murid disambut oleh guru di awal pagi dan murid PPKI yang hadir awal ke sekolah turut menerima hadiah.







Dalam sesi persekolahan baharu ini, PPKI SMK Orkid Desa telah menerima seramai 17 orang murid baharu dan taklimat pembukaan sekolah telah diadakan melibatkan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn Noorhayati Mustaffa, Setiausaha PPKI dan ibu bapa. Taklimat berjalan lancar dan dihadiri oleh seramai 18 orang ibu bapa. 















Bagi menyahut saranan YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang menyarankan agar minggu pertama sesi persekolahan ini diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan agar murid bersemangat untuk hadir ke sekolah, maka pelbagai aktiviti menarik telah diatur. Antaranya adalah seperti aktiviti Jambatan Kasih, Suai Kenal & Scavenger Hunt.













Penyerahan kits makanan untuk murid.