RIMUP TAHUN BARU CINA DAN MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI EN MOHD SHUKRY HUSSAIN

RIMUP Tahun Baru Cina peringkat PPKI SMK Orkid Desa telah diadakan bersama-sama dengan Majlis Perpisahan Mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas, En Mohd Shukry bin Hussain. 

Majlis yang diadakan pada 3 Februari 2023 adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi perpaduan murid antara kaum dan sebagai mengenang jasa En Mohd Shukry yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang kini berkhidmat di SMK Petaling. Terima kasih En Shukry atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di SMK Orkid Desa. Semoga En Shukry terus cemerlang di sekolah baharu.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan padu dan sumbangan bagi menjayakan majlis ini.


























































































FESTIVAL KESENIAN, KEMAHIRAN & KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT WPKL

 17 & 19 Januari 2023

Lawatan ke Festival Kesenian, Kebudayaan dan Kemahiran Pendidikan Khas peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam festival ini, SMK Orkid Desa telah turut serta dalam 4 kategori pertandingan iaitu Peragaan Busana Tradisional Sindrom Down diwakili oleh Nur Alisya dari kelas 4 Kreatif, Hiasan Pulut Kuning diwakili oleh Wafiy Danial dari kelas 2 Inovatif, Gubahan Bunga Telur diwakili oleh Wesley Tan dari kelas 4 Inovatif dan Mewarna Batik diwakili oleh Joshua Thoong juga dari kelas 4 Inovatif. Syabas dan tahniah!