TERIMA KASIH TUAN PENGETUA

 Kami seluruh warga PPKI SMK Orkid Desa, menzahirkan rasa dukacita atas pertukaran tuan Pengetua SMK Orkid Desa, En. Awang Bin Dollah. Beliau ada seorang pengetua yg prihatin, berdedikasi, mesra dan sentiasa memudahkan urusan guru-guru dalam melaksanakan program serta aktiviti di sekolah.

8 April 2022 merupakan hari terakhir En Awang Bin Dollah mencurahkan khidmat & baktinya di SMK Orkid Desa. Semoga dipermudahkan urusan tuan pengetua & terus cemerlang di sekolah baharu.


Pesanan Akhir En Awang Bin Dollah kpd murid-murid PPKI SMK Orkid Desa 






Aktiviti Ice breaking & Suai Kenal sempena Minggu Orientasi 2022

 8 APRIL 2022

Aktiviti Ice Breaking. Suai kenal serta permainan dalam kumpulan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Ainul dgn bantuan guru2 yg lain. Permainan lumba ikan memerlukan kreativiti murid untuk menghasilkan ikan kertas 2D yg mudah utk bergerak ke hadapan apabila dikipas. Di samping itu, menggunakan kemahiran motor kasar murid bagi menggerakkan ikan kertas 2D hingga ke garisan penamat. Manakala, pertandingan baju berhias juga menggunakan daya kreativiti murid untuk mengubah kertas surat khabar terpakai kpd bentuk pakaian dgn aksesori yg menarik.
































Mesyuarat Rumah Sukan Tahun 2022

 8 APRIL 2022

Pada hari ini telah diadakan mesyuarat dan perjumpaan rumah sukan kali pertama untuk tahun 2022. Dalam perjumpaan kali ini, guru penasihat melantik Ahli Jawatankuasa rumah sukan serta mengenal pasti murid-murid yang berbakat mewakili rumah sukan dalam acara yang dipertandingkan. Semoga tahun ini ada rezeki anak2 PPKI SMK Orkid Desa untuk menyertai sukan setelah dua tahun tiada aktiviti sukan kerana pandemik.