Aktiviti Ice breaking & Suai Kenal sempena Minggu Orientasi 2022

 8 APRIL 2022

Aktiviti Ice Breaking. Suai kenal serta permainan dalam kumpulan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Ainul dgn bantuan guru2 yg lain. Permainan lumba ikan memerlukan kreativiti murid untuk menghasilkan ikan kertas 2D yg mudah utk bergerak ke hadapan apabila dikipas. Di samping itu, menggunakan kemahiran motor kasar murid bagi menggerakkan ikan kertas 2D hingga ke garisan penamat. Manakala, pertandingan baju berhias juga menggunakan daya kreativiti murid untuk mengubah kertas surat khabar terpakai kpd bentuk pakaian dgn aksesori yg menarik.
































Mesyuarat Rumah Sukan Tahun 2022

 8 APRIL 2022

Pada hari ini telah diadakan mesyuarat dan perjumpaan rumah sukan kali pertama untuk tahun 2022. Dalam perjumpaan kali ini, guru penasihat melantik Ahli Jawatankuasa rumah sukan serta mengenal pasti murid-murid yang berbakat mewakili rumah sukan dalam acara yang dipertandingkan. Semoga tahun ini ada rezeki anak2 PPKI SMK Orkid Desa untuk menyertai sukan setelah dua tahun tiada aktiviti sukan kerana pandemik.




















HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BERSEMUKA SESI 2022

 4 April 2022

Hari pertama persekolahan bersemuka bagi sesi 2022 yang juga merupakan hari pertama Minggu Orientasi murid PPKI SMK Orkid Desa.

Dimulakan dengan sesi perkenalan dan ucapan  oleh En Awang Bin Dollah, Pengetua SMK Orkid Desa, diikuti pula dengan kata alu-aluan dan ucapan oleh Pengerusi PIBG SMK Orkid Desa.

Program diteruskan dgn taklimat dari SU Kurikulum, taklimat disiplin oleh SU HEM & taklimat SOP Covid serta tayangan video SOP Covid-19.