LAMAN SESAWANG PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD

 Alhamdulillah, laman sesawang Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa kini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas seluruh Malaysia. Terutama dengan pandemik Covid-19  yang melanda negara sekarang sehingga sekolah terpaksa ditutup. Dengan adanya laman sesawang ini, murid tidak perlu bersusah payah untuk mencari Sumber-sumber pembelajaran kerana sumber dan bahan pembelajaran dalam bentuk video, latihan online, permainan interaktif, nota dan ebook boleh di dapati di laman sesawang ini

SILA LAYARI LAMAN WEB 

  PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD  










SELAMAT HARI OKU SEDUNIA 2020

 


Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992, yang dianjurkan oleh sukarelawan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Selaras dengan komitmen antarabangsa tersebut, bermula 3 Disember 1994, Malaysia turut mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Tarikh 3 Disember sememangnya merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh warga OKU di seluruh dunia.

Tema untuk tahun ini ialah “Membina Kesejahteraan OKU :Mendepani Perubahan”. Tema ini memberi tumpuan kepada orang kelainan upaya dalam membangunkan aspek penglibatan, saksama dan lestari untuk membantu dalam pembangunan negara.

Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya!


KUALA LUMPUR IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES 2020

 Pada 2 September 2020 telah diadakan pertandingan Kuala Lumpur IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat JPWPKL. PPKI SMK Orkid Desa turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana 4 orang wakil peserta turut sama terlibat mewakili sekolah.

Peserta-peserta dari PPKI SMK Orkid Desa adalah:

1. Ammeer Badrul Hisham (Kategori Masalah Pendengaran) 

2. Lee Ming Hui (Kategori Masalah Fizikal) 

3. Nurul Fathiah Abd Razak (Kategori Masalah Pembelajaran) 

4. Liew Yan Hao (Kategori Masalah Pembelajaran) 

Muhammad Ammeer Badrul Hisham telah berjaya meraih Johan Kategori Masalah Pendengaran utk pertandingan elifemap & eTool

Manakala, Lee Ming Hui telah berjaya meraih Naib Johan kategori Masalah Fizikal untuk pertandingan Elifemap dan Tempat Ketiga untuk pertandingan eTool. 

Secara tak langsung melayakkan Muhammad Ammeer Badrul Hisham untuk ke Malaysia IT Challenge peringkat Kebangsaan mewakili Kuala Lumpur.