4 NOVEMBER 2019
MAJLIS APRESIASI SAMBUTAN HARI LAHIR DAN RIMUP PPKI TAHUN 2019
Pejam celik dah sampai ke penghujung tahun 2019. Antara acara penutup wajib setiap tahun iaitu majlis Hi-Tea, Sambutan Hari Lahir & RIMUP PPKI telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada pihak-pihak yang memberikan sumbangan untuk membantu kejayaan majlis ini. Antaranya adalah PIBG SMKOD, Hotel Sri Petaling yang memberikan tajaan kek & aiskrim, Restoran BRJ atas tajaan tosei sebagai simbolik Deepavali dan kepada penyumbang lain sama ada organisasi atau individu. Sumbangan anda sangat kami hargai.
Terima kasih juga kepada barisan pentadbir, ketua bidang, ibu bapa murid yang turut bersama-sama memeriahkan majlis hari ini.
Syabas & tahniah kepada barisan guru & ppm PPKI SMKOD yang bertungkus lumus melakukan persiapan untuk memastikan majlis untuk meraikan anak-anak PPKI SMKOD hari ini berjaya. Alhamdulillah, majlis meriah & semua murid gembira. Syabas juga kepada murid berpakaian mengikut tema Black Gold, sporting & yakin membuat persembahan. Semoga tahun depan, lebih meriah & lebih ramai yang akan terlibat. InsyaAllah.



















































































































































































































































