FESTIVAL KESENIAN, KEBUDAYAAN, KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS 2019

Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran & Keusahawanan Pendidikan Khas anjuran JPWPKL telah berlangsung pada 15-17 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Festival ini dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. 

PPKI SMK Orkid Desa telah menghantar wakil MBK, Wesley Tan utk Pertandingan Gubahan Bunga Telur, Liew Yan Hao utk Pertandingan Masakan Tradisional Tempatan dan Joshua Thong utk pertandingan Mewarna Batik. Ketiga-tiga org murid telah menunjukkan hasil dan pencapaian yang baik dalam pertandingan ini.

Syabas & tahniah Wesley Tan atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Gubahan Bunga Telur dari bahan kitar semula dengan bimbingan Cikgu Ainulmursyida.

Tahniah juga kepada Joshua Thong & Liew Yan Hao yg telah menunjukkan hasil yang baik dalam Pertandingan Mewarna Batik dan Pertandingan Masakan Tradisional Tempatan sehingga mendapat pujian dari Raja Permaisuri Agong. Tahniah kpd Cikgu Nurzaliza & Cikgu Tharwati yang bersungguh-sungguh melatih utk persiapan pertandingan ini. Syabas atas semangat & keberanian semua melibatkan diri dalam pertandingan kali ini. Semua sememangnya pemenang kerana tidak mengaku kalah sebelum bertanding.

Majlis penutup pada 17 Oktober telah dihadiri oleh murid-murid PPKI SMK Orkid Desa bersama guru & ppm.

















































KARNIVAL INSPIRE OKU AKTIF 2019

12 OKTOBER 2019

Syabas kepada 10 org wakil murid PPKI SMKOD bersama Cikgu Ezani & Encik Hanif yang telah menyertai Karnival Inspire OKU Aktif bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Program ini adalah sempena Sambutan Bulan Sukan Negara.

Tahniah kepada Arel Hamizi kerana terpilih sebagai peserta senamrobik pilihan & tahniah juga kepada Joshua Thong kerana memenangi cabutan bertuah tadi.

























SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat Hari Malaysia dari kami warga PPKI SMK Orkid Desa