PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

17 Mei 2019
Penyediaan dan pengagihan bubur lambuk semalam. Program yg diadakan oleh Panitia P. Islam SMK Orkid Desa setiap kali tibanya Ramadhan. Program yang sangat meriah. Guru-guru dan kakitangan sekolah bergotong-royong untuk sama-sama menyediakan dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada murid. 

Terima kasih kepada chef bubur lambuk Kg. Baru yg diimport khas untuk program ini. Memang sedap sangat rasa bubur lambuk semalam. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana dengan kutipan sumbangan yang diberikan, telah berjaya menjalankan program yang begitu bermakna ini.













































































































SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita.


SAMBUTAN HARI GURU SMK ORKID DESA 2019

2 MEI 2019

Majlis Sambutan Hari Guru SMK Orkid Desa

Hari guru tahun ni, kami cikgu2 PPKI SMK Orkid Desa sambut secara sederhana bersama anak2 istimewa kami. Walaupun sambutan sederhana, tapi sgt bermakna dgn kehadiran anak2 didik yg memeriahkan majlis.
Alhamdulillah...