JUALAN HARI KOPERASI TAHUN 2019

10 APRIL 2019

Sempena Hari Koperasi 2019, PPKI SMK Orkid Desa juga turut serta dalam program Jualan Hari Koperasi. Antara makanan yang dijual oleh kami adalah doughnut, muffin pisang dan satey ikan.

Alhamdulillah, jualan hari ni mendapat sambutan yang memberangsangkan dari murid-murid & kakitangan SMK Orkid Desa. Terima kasih atas sokongan yg diberi 

Terima kasih juga kepada murid-murid PPKI SMK Orkid Desa yang rajin membantu guru berniaga pada hari ini. Syabas semua.




















KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019

10 April 2019
Tahniah atlet PPKI SMK Orkid Desa, Muhammad Arel Hamizi & Muhammad Naufal kerana berjaya mendapat Naib Johan dlm acara 4x100m di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada hari ini. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.
Tahniah juga kepada jurulatih, Cikgu Ezani. Tak sia2 usaha, penat lelah, berpanas melatih murid.





PENYAMPAIAN SIJIL DAN LENCANA KEM PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI 2019

8 April 2019
Penyampaian sijil dan lencana kepada tiga orang murid yang telah menyertai perkhemahan pengakap peringkat negeri. Tahniah Alif, Adam & Joshua. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.