KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019

10 April 2019
Tahniah atlet PPKI SMK Orkid Desa, Muhammad Arel Hamizi & Muhammad Naufal kerana berjaya mendapat Naib Johan dlm acara 4x100m di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada hari ini. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.
Tahniah juga kepada jurulatih, Cikgu Ezani. Tak sia2 usaha, penat lelah, berpanas melatih murid.





PENYAMPAIAN SIJIL DAN LENCANA KEM PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI 2019

8 April 2019
Penyampaian sijil dan lencana kepada tiga orang murid yang telah menyertai perkhemahan pengakap peringkat negeri. Tahniah Alif, Adam & Joshua. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.













PROGRAM MOBILITI BOLING 1/2019

Tarikh : 03 April 2019 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 1.30 Tengah Hari
Tempat : Endah Parade, Sri Petaling
Jumlah : 33 orang Murid, 6 orang Guru, 2 PPM

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti mobiliti boling. Pelbagai aksi dan ragam yang ditunjukkan oleh murid sepanjang aktiviti. Yang pastinya, murid PPKI Orkid Desa mempunyai potensi dan bakat yang boleh dicungkil dan dikembangkan.