Hari Kesedaran Autisme Sedunia: 10 perkara yang anda perlu tahu tentang autisme



Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 10 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme sempena Hari Autisme Sedunia hari ini;

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
Astro Awani
2. Perkembangan bahasa berbeza 

Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian 

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat 

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.
5. Bantuan dan rundingan 

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi 

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.
7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme 

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

10. Permata Kurnia lancar video untuk kempen kesedaran autisme 

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2018, PERMATA Kurnia yang merupakan sebuah program untuk memastikan keperluan kanak-kanak penghidap autisme dipenuhi, telah melancarkan sebuah video bagi meningkatkan kempen kesedaran tentang autisme.
Dalam pada itu, netizen seluruh dunia turut meluahkan keperhatinan mereka kepada anak-anak ini di platform media sosial sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia 2018. Rata-rata menyatakan hasrat untuk memakai pakaian berwarna biru simbolik kepada hari ini. 

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT ZON BANGSAR DAN PUDU.

Pada 6 & 7 Mac 2019 yg lalu, telah berlangsung Kejohanan Olahraga kategori balapan bertempat di Stadium Mini Pemaisuri. PPKI SMK Orkid Desa telah menghantar seramai 5 orang murid ke kejohanan tersebut. Antara murid yg terlibat dan acara yang dipertandingkan adalah:
100m - Naufal, Arel, Fathiah
200m - Umar, Shahidan, Fathiah. 
400m - Tam Yew Hui, Liew Yan Hao 
4x100m - Naufal, Airil, Umar & Shahidan

Walaupun tidak berjaya untuk mendapat tempat, namun semangat, usaha keras & pengalaman adalah paling berharga kpd anak2 ini. Semoga peluang lebih cerah pada tahun hadapan.



















PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMASAK

13 MAC 2019
Dek kesibukan dengan program-program untuk anak-anak istimewa PPKI SMKOD, baru hari ni berkesempatan untuk mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memasak sempena Kem Ikhtiar Hidup yg telah diadakan pada 27 Febuari yg lepas. Walaupun majlis kecil-kecilan, namun sangat bermakna untuk anak2 istimewa kami. Tahniah kepada semua

Pemenang Tempat Pertama
Rumah Merah

Pemenang Tempat Kedua 
Rumah Hijau

Pemenang Tempat Ketiga
Rumah Kuning

Pemenang Tempat Keempat
Rumah Biru