HARI KONSULTASI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

HARI KONSULTASI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Tarikh : 12 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.55 t/hari
Tempat : PPKI SMK Orkid Desa

Ribuan terima kasih kami ucapkan atas kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. Semoga dengan konsultasi dan perbincangan berkenaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) tadi dapat memudahkan ibu bapa untuk mengenalpasti matlamat dan objektif pendidikan anak-anak di sekolah.
Semua ibu bapa boleh mengakses ke laman web eRPI di link di bawah untuk membuat pengesahan Rancangan Pendidikan Individu anak-anak. Sekiranya terdapat perubahan yang memerlukan perbincangan bersama guru, tuan puan boleh berjumpa dan berbincang dengan guru-guru di sini.


















































PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS KUALA LUMPUR TAHUN 2019

Pada 6-8 Mac telah berlangsung Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Negeri bertempat di Taman Rimba Komanwel, Rawang, Selangor. PPKI SMK Orkid Desa telah menghantar 3 orang murid iaitu Muhammad Adam, Muhammad Alif dan Joshua Toong bersama guru pengiring Cik Aina Nasuha. Tahniah kepada ketiga-tiga orang murid ini dan Cikgu Aina Nasuha kerana telah menjalankan semua aktiviti dalam perkhemahan pengakap peringkat negeri pada tahun ini. Semoga segala ilmu yang dipelajari dalam perkhemahan ini dapat dikongsikan bersama dengan MBK PPKI SMK Orkid Desa yang lain.